ISU MORAL TEMPATAN DAN GLOBAL
Definisi moral dalam buku ‘Pendidikan Moral dan Kerohanian’,
moral merangkumi aspek-aspek seperti bertanggungjawab pada sesuatu tingkah
laku, mematuhi peraturan dan undang-undang, membuat keputusan dan penilaian
moral yang bersesuaian, (2010:14). Dasawarsa
kini, isu-isu moral seringkali meniti di bibir masyarakat malah kerap
terpampang di dada akhbar dan juga media massa. Isu-isu moral yang berlaku ini
semakin berleluasa di seantero dunia.
TEKNOLOGI MAKLUMAT
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat,
jenayah didefinisikan sebagai perbuatan atau kejahatan seperti mencuri,
merompak, membunuh dan lain-lain yang salah di sisi undang-undang. Maksud
jenayah siber menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pula merupakan jenayah yangg dilakukan dengan
menggunakan sistem komputer untuk mencuri maklumat atau wang. Jenayah komputer
ini terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau
data komputer, pencurian maklumat, penggodaman dan lain-lain. Internet pula
merupakan satu wadah dan saluran komunikasi yang terkenal di seantero dunia
terutama dalam aspek penyebaran pelbagai variasi maklumat di dunia siber. Dasar
‘langit terbuka’ membolehkan pelbagai maklumat disampaikan yang bukan sahaja
dapat dilihat dalam bentuk maklumat yang sahih semata-mata malah maklumat yang
berunsurkan penipuan ataupun lebih dikenali dengan maklumat palsu juga sering
tersebar luas.
PUNCA JENAYAH SIBER
Jenayah siber merupakan jenayah yang boleh menyebabkan
individu yang menjadi mangsa siber mengalami kerugian dan penderitaan. Selaras
dengan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi pada masa kini, kemunculan
internet sebagai alat komunikasi yang signifikan kepada manusia menjadi punca
berlakunya jenayah siber. Pelbagai jenis maklumat dipaparkan dan disebarkan melalui berjuta-juta laman web
yang dihidupkan sehingga saluran komunikasi serta maklumat itu sukar untuk
dikawal. Terdapat maklumat yang sahih dan juga maklumat palsu yang disebarkan
malah kewujudan internet telah memudahkan lagi para penjenayah siber untuk
melakukan pencurian dan pemalsuan data, penyebaran virus, judi siber,
pengubahsuaian data komputer, penggodaman serta jenayah-jenayah siber yang
lain.
Menerusi sumber ‘Sinar Telus & Tulus
Online,’ sikap lalai antara punca jenayah siber berlaku. Jenayah siber yang
melibatkan pemilik kad ATM, telefon bimbit, e-mel dan laman sosial adalah
disebabkan sikap suka berkongsi nombor pin dan kata laluan. Menurut Timbalan
Pengarah Jabatan Pengurusan Keselamatan Digital, Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia, Rafidah Mat Isa, ini berlaku berikutan kecuaian dan kurang
tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat. Kebanyakkan penjenayah siber yang
merupakan golongan berpengetahuan ataupun profesional dalam pengendalian
komputer akan mengambil kesempatan kepada orang ramai yang hanya mempunyai
pengetahuan cetek dalam penggunaan komputer kerana kebanyakkannya mudah ditipu.
Tambahan pula, sikap lalai masyarakat yang mudah terpedaya untuk berkongsi
maklumat peribadi akan memudahkan perlakuan jenayah siber
Masalah jenayah siber juga berpunca daripada
sikap ibu bapa yang ‘acuh tak acuh’ dalam mengawasi dan mendidik anak-anak
untuk menggunakan komputer serta kemudahan internet dengan sebaiknya. Dalam
Utusan Online yang bertarikh 4 November 2016, syarikat perisian keselamatan
siber, Kaspersky Lab mendedahkan bahawa hanya 26 peratus ibu bapa seluruh dunia
menggunakan perisian kawalan ibu bapa untuk menyekat aktiviti dalam talian
anak-anak. Ibu bapa sepatutnya lebih bersikap prihatin dan meluangkan masa
untuk menemani anak-anak ketika melayari internet agar anak-anak tidak terdedah
dengan bahaya dalam talian seperti jenayah buli siber, laman web yang
mengandungi kandungan yang tidak bersesuaian seperti pornografi dan sebagainya.
Sikap ibu bapa yang suka membiarkan anak-anak melayari internet tanpa kawalan perlu ditepis. Dalam dunia
digital ini, pengawasan terhadap penggunaan internet oleh anak-anak perlu
dititikberatkan agar keselamatan mereka terjamin.
LANGKAH UNTUK
MENCEGAH DAN MENANGANI ISU JENAYAH SIBER
Jenayah siber yang kian berleluasa pada era globalisasi
kini, perlu dicegah dan ditangani. Antara langkah berkesan yang boleh dilakukan
adalah dengan mendedahkan pengetahuan mengenai jenayah siber kepada masyarakat.
Didikan dan pendedahan mengenai jenayah siber harus dimulakan sejak di bangku
sekolah lagi. Hal ini boleh dikaitkan dengan eforisme ‘melentur buluh biarlah
dari rebungnya.’ Pendedahan awal yang diberikan akan mengelakkan kanak-kanak
daripada terlibat mahupun menjadi mangsa jenayah siber. Seterusnya, pengetahuan
dan kesedaran mengenai jenayah siber juga boleh disampaikan melalui media massa
serta media elektronik. Maklumat mengenai jenayah ini dapat mewujudkan satu
kesedaran kepada masyarakat untuk lebih celik dalam menggunakan teknologi
maklumat agar tidak menjadi mangsa jenayah ini. Bahan pendidikan dan
bermaklumat perlu disediakan kepada orang ramai untuk memberi kesedaran tentang
risiko pelbagai jenis jenayah siber.
Pengaplikasian
teknologi forensik dalam dunia teknologi pengkomputeran digital harus
dimantapkan lagi bagi mencegah dan menangani isu jenayah siber. Aktiviti
pencerobohan dan penggodaman komputer, kecurian maklumat, serangan virus
perosak komputer dan sebagainya merupakan tindakan jenayah yang kerap terjadi
dalam dunia siber pada masa kini. Oleh hal yang demikian, teknologi forensik
komputer yang lebih mantap akan lebih banyak membantu dalam penyiasatan,
analisis dan mendapatkan bukti-bukti dalam penyiasatan jenayah komputer untuk
dikemukakan kepada undang-undang. Maklumat dan bukti diperlukan bagi sesetengah
isu penipuan dan jenayah siber seperti penyalahgunaan e-mel, penipuan sistem,
melanggar hak cipta terpelihara dan senario berkaitan penyalahgunaan komputer.
Langkah ini menjadi satu inisiatif yang berkesan untuk menjejaki
penjenayah-penjenayah siber yang cuba untuk menyembunyikan maklumat mahupun
jejak-jejak perbuatan jahat mereka.
STATISTIK JENAYAH SIBER
TAHUN
|
JUMLAH JENAYAH SIBER
|
2013
|
4,436
|
2014
|
5,069
|
2015
|
6,800
|
2016
|
10,000
|
Jadual 2.0 : Jumlah Jenayah Siber Sekitar Tahun 2013 Hingga Tahun 2016
SEKSUALITI
ROGOL
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ‘rogol’ didefinisikan sebagai perbuatan memperkosa atau mencabul kehormatan perempuan. Perbuatan sumbang seperti ini merupakan satu kesalahan jenayah yang serius kerana melibatkan serangan seksual iaitu mangsa dipaksa untuk melakukan hubungan seksual tanpa persetujuan atau kerelaan. Jenayah rogol bukanlah jenayah yang boleh dianggap enteng oleh masyarakat. Hal ini kerana, jenayah seumpama ini akan mengundang tragedi dan kejadian yang dahsyat seperti pembunuhan. Isu moral yang seringkali manjadi polemik dalam kalangan masyarakat ini perlu ditangani dan dicegah. Hal ini bersesuaian dengan eforisme ‘lebih baik mencegah daripada mengubati.’
PUNCA BERLAKUNYA KES ROGOL
Serangan seksual atau lebih dikenali dengan jenayah rogol berpunca daripada kurangnya didikan dan penerapan nilai-nilai keagamaan dalam diri individu. Kerapuhan pegangan agama menyebabkan individu hanyut dalam hawa nafsu yang serakah sehingga sanggup melakukan jenayah ini kepada orang yang tidak bersalah. Individu yang kurang didikan agama akan lebih cenderung melakukan jenayah ini semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu. Didikan dan penerapan nilai-nilai keagamaan akan menjadi benteng yang kukuh kepada individu agar tidak terjebak dalam jenayah ini. Tambahan pula, ia mewujudkan satu kesedaran untuk tidak melakukan hal mahupun perbuatan yang melanggar ajaran agama.
Seterusnya, kejadian rogol juga berpunca daripada pengaruh media massa. Dasawarsa kini, media massa yang merupakan saluran penyampaian maklumat telah disalahgunakan dengan memaparkan dan menyebarkan pelbagai jenis video mahupun komik yang berunsurkan seks atau pornografi. Utusan Online yang bertarikh 17 November 2013, memaparkan kejadian kes rogol yang berpunca daripada pengaruh bahan-bahan berunsurkan seks. Siasatan yang telah dijalankan mendapati bahawa punca utama penjenayah terlibat dalam kes rogol ialah disebabkan oleh pengaruh media sosial Facebook dan laman-laman sesawang yang memaparkan video dan bahan-bahan lucah di internet.
Selain itu, kes rogol juga disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. Kebanyakkan remaja yang belum matang pemikirannya dan yang masih mempunyai pendirian diri yang rapuh seringkali tersilap langkah ketika membuat sesuatu keputusan. Rakan sebaya yang cenderung memberikan pengaruh yang buruk seperti melakukan jenayah akan menyebabkan seorang remaja terjebak dalam kes-kes jenayah termasuklah juga jenayah rogol. Kebiasaannya rakan sebaya suka mencabar atau menyuruh melakukan perbuatan yang berbahaya sebagai tanda atau bukti kehebatan diri. Dalam masa yang sama, remaja cenderung untuk melakukan hal-hal baru yang belum pernah dilakukan. Oleh itu, mereka mudah terjebak dalam kancah jenayah.
LANGKAH MENCEGAH DAN MENANGANI JENAYAH ROGOL
Jenayah rogol perlu dicegah dan ditangani dengan memberikan didikan dan penerapan nilai-nilai keagamaan kepada masyarakat. Langkah ini perlu dimulakan dan diberikan kepada anak-anak sejak dari kecil agar mereka terdidik untuk menjadi insan yang bermoral dan tidak menyimpang daripada ajaran agama. Didikan agama mampu membentuk individu yang berkeperibadian mulia dan akan menjadi benteng yang kukuh agar individu tidak terjebak dalam perbuatan jenayah termasuklah jenayah rogol yang disebabkan oleh keserakahan hawa nafsu yang tidak terkawal. Penerapan nilai-nilai keagamaan dapat memberikan kesedaran yang mendalam akan kepentingan untuk menjaga adab dan perlakuan dalam kehidupan seharian.
Seterusnya, pencegahan jenayah rogol juga boleh dilakukan
dengan memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai seni pertahankan diri.
Seni pertahankan diri atau seni bela diri merupakan satu kesenian yang timbul
sebagai satu cara seseorang itu mempertahankan diri. Antara jenis seni bela
diri yang popular ialah silat, taekwondo, judo, wushu dan sebagainya. Melalui
langkah ini, masyarakat dapat mempelajari cara untuk melindungi diri dan tubuh
badan agar tidak menjadi mangsa terhadap jenayah ini. Disamping itu,
pembelajaran seni bela diri dapat mewujudkan kesedaran dalam diri masyarakat
akan kepentingan untuk menghargai dan melindungi diri daripada bahaya.
Selain itu, jenayah ini juga boleh dicegah dan ditangani
dengan memberikan hukuman yang lebih berat kepada penjenayah rogol. Hal ini
kerana, di Malaysia hukuman terhadap perogol sekiranya disabitkan bersalah
hanya akan dihukum mandatori minimum selama 5 tahun dan tidak lebih dari 20
tahun penjara termasuk sebatan. Hukuman ini perlu diperketatkan lagi agar
jenayah ini tidak dipandang enteng oleh masyarakat. Di negeri-negeri Amerika
Syarikat, kes rogol boleh mengakibatkan hukuman mati kepada penjenayah yang
melakukan kesalahan tersebut. Oleh hal yang demikian, pihak yang berkuasa perlu
memberikan hukuman berat kepada sesiapa
sahaja yang terlibat dalam melakukan jenayah rogol.
Media
massa yang merupakan alat saluran maklumat harus memainkan peranan penting
dalam mencegah dan menangani kes rogol agar tidak berleluasa. Program, video
mahupun filem yang berunsurkan seks tidak seharusnya didedahkan atau
ditayangkan di media massa. Hal ini kerana, segala maklumat atau bahan yang
ditayangkan dalam media massa akan menjadi tontonan umum kepada masyarakat
sekaligus boleh mempengaruhi pemikiran dan perbuatan mereka. Oleh hal yang
demikian, penapisan maklumat atau bahan yang dipaparkan di media massa harus
dilakukan dengan lebih kerap untuk mengenal pasti samada bahan tersebut
bersesuaian atau tidak untuk menjadi tontonan umum.
STATISTIK JENAYAH ROGOL DI MALAYSIA
Jadual 3.0 merupakan statistik jenayah rogol yang berlaku
di Malaysia dari tahun 2003 sehingga tahun 2011 berdasarkan sumber daripada
Sabahdaily Berita Terkini Info Terbaik yang bertarikh 23 Mac 2012.

Jadual 3.0: Statistik
Jenayah Rogol Dari Tahun 2003 Hinga Tahun 2011
LUMBA HARAM
Definisi bagi lumba haram ialah satu perlumbaan bermotor
yang diadakan diatas jalan raya awam tanpa kebenaran daripada pihak yang
berkuasa. Kegiatan lumba haram ini adalah salah di sisi undang-undang jalan
raya kerana mampu membahayakan atau meragut nyawa pengguna jalan raya yang
tidak bersalah termasuk nyawa pelaku itu sendiri. Di Malaysia sendiri, menonton
perlumbaan yang haram merupakan satu kesalahan yang besar kerana menggalakkan
para pelumba haram untuk meneruskan perlumbaan mereka tanpa menghiraukan
keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Walaubagaimanapun, perlumbaan haram
ini sangat terkenal dalam kalangan remaja di dalam negara malah menjadi satu
tabiat ataupun hobi yang sangat digemari. Lumba haram ini sering diadakan pada
waktu tengah malam dan berlaku di kawasan bandar, luar bandar mahupun di
kawasan perindustrian tanpa mengendahkan keadaan trafik.
Beberapa tahun kebelakangan ini, isu lumba
haram semakin hangat di perkatakan dalam kalangan masyarakat tempatan. Turut
terpapar di dada-dada akhbar jumlah kemalangan jiwa yang kian meningkat
disebabkan isu lumba haram ini. Lumba haram ini sangat terkenal dalam kalangan
remaja. Para remaja ini berpandangan
bahawa lumba haram ini atau lebih dikenali sebagai budaya rempit adalah suatu
hiburan bagi mereka, dan merasakan diri mereka ini adalah hebat apabila dapat
memperlihatkan kehebatan mereka dalam mengendalikan motorsikal mereka dengan
kelajuan melebihi had yang telah ditetapkan. Dalam kegiatan lumba haram ini,
mereka bukan sahaja menunggang motorsikal melebihi had laju yang ditetapkan
malah mereka juga turut melakukan aksi-aksi yang berbahaya seperti potong
memotong, mengangkat tayar depan motosikal ke atas dan sebagainya. Hal ini
dapat dibuktikan dengan kenyataan dari salah seorang pegawai polis yang telah
membuat Operasi Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Matsirat-Kuah, Langkawi, “Hasil
pemantauan mendapati lapan motosikal ditunggang dalam kelajuan tinggi selain
mereka turut melakukan aksi potong memotong serta perlakuan yang boleh mendatangkan
bahaya kepada pengguna jalan raya lain,”
Selain itu, dalam isu moral ini juga telah
banyak membuktikan bahawa perlumbaan haram mampu meragut nyawa. Buktinya dalam
banyak-banyak kemalangan jalan raya, kemalangan yang berpunca daripada
perlumbaan haram merupakan penyebab utama kemalangan yang berlaku, contohnya,
dalam Harian Metro keluaran 30 Oktober 2015 yang mana antara tajuk yang
terpapar di dalam dada akhbar adalah “Korban Lumba Haram” dalam kenyataan
akhbar tersebut mengatakan bahawa tiga remaja maut kerana terlibat dalam
perlumbaan haram, yang berlaku kira-kira jam 3.20 pagi. Menurut siasatan awal
yang juga berdasarkan saksi-saksi kejadian tersebut, ketiga-tiga mangsa
terbabit dengan perlumbaan haram puluhan mat rempit yang lain dan punca
kejadian dipercayai akibat daripada kecuaian mereka sendiri iaitu mangsa
berlanggar sesama sendiri yang juga membabitkan tiga motorsikal yang mereka
tunggangi. Sudah terang lagi bersuluh, lumba haram ini mampu meragut nyawa
seseorang, namun begitu masih terdapat segelintir masyarakat terutamanya remaja
yang keras kepala masih melakukan kegiatan lumba haram ini dan seakan-akan
mereka tidak sayang akan nyawa mereka.
PUNCA LUMBA HARAM
Kegiatan perlumbaan haram ini bukan sahaja dengan menggunakan motorsikal malah kereta, kenderaan berat seperti lori dan bas ekspres juga digunakan. Kenderaan yang terlibat dalam perlumbaan haram terbabit diubahsuai sehingga mencapai kelajuan melebihi 160 km/j.
Faktor
utama munculnya kegiatan lumba haram ini adalah berpunca daripada filem atau
drama lumba haram seperti KL menjerit, dan siri filem The Fast and The Furious
yang mampu mempengaruhi remaja dan seterusnya menarik perhatian mereka untuk
meniru aksi-aksi berbahaya seperti yang mereka tonton di dalam filem tersebut.
Melalui filem atau drama lumba haram tersebut, remaja akan mempelajari suatu
benda yang tidak patut mereka pelajari iaitu cara mengendalikan sesuatu
perlumbaan haram, bagaimana untuk menarik perhatian orang ramai untuk turut
menonton perlumbaan haram ini dan juga cara untuk mengendalikan motorsikal atau
kenderaan apabila melakukan aksi-aksi berbahaya.
Seterusnya,
lumba haram ini juga berpunca daripada pengaruh rakan sebaya. Remaja atau segelintir
masyarakat tidak akan terjebak dalam kegiatan lumba haram ini sekiranya mereka
bijak memilih rakan dan tidak mudah termakan pengaruh atau pujukan dari
rakan-rakan mereka. Kebanyakan remaja yang terlibat dalam kegiatan ini juga
disebabkan mereka lebih memilih untuk masuk dalam kelompok-kelompok samseng
jalanan dan seterusnya terpengaruh dengan kegiatan yang mereka lakukan.
Selain
daripada pengaruh filem atau drama lumba haram, lumba haram ini juga berpunca
daripada kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi seperti permainan video
iaitu permainan video yang bertajuk Need for Speed: Underground dan Need for
Speed: Most Wanted. Permainan video ini turut mengundang kontroversi apabila ia
turut menggalakkan pemain memusnahkan kereta polis untuk mendapatkan mata
pencapaian. Melalui permainan video seperti ini mampu mendorong mereka untuk
melakukannya dalam realiti, buktinya dalam berita harian dan juga akhbar dapat
kita lihat dan dengar sendiri apabila polis melakukan operasi menangkap para
pelumba haram pasti adanya adegan kejar mengejar antara polis dan juga para
pelumba haram bagi mengelakkan diri mereka ditangkap mereka menggunakan
kelajuan yang tinggi dan ini juga memaksa pihak polis untuk mengejar mereka.
LANGKAH MENCEGAH DAN MENANGANI LUMBA HARAM
Namun begitu, terdapat beberapa usaha yang dapat dilakukan bagi mencegah dan menangani isu lumba haram ini. Antaranya, mengadakan kempen pemanduan berhemah di sekolah dan juga di tempat-tempat yang menjadi tumpuan masyarakat. Melalui kempen ini, masyarakat akan lebih sedar bahawa lumba haram ini dapat memberikan kesan buruk kepada setiap golongan masyarakat meskipun mereka tidak terlibat dalam kegiatan lumba haram ini. Di sekolah, kempen seperti ini, amat wajar diadakan untuk mengajar para pelajar tanggungjawab sebagai pengguna jalan raya dan seterusnya mendedahkan kesan buruk sekiranya terlibat dalam kegiatan lumba haram. Dengan cara ini, para pelajar akan mengelakkan diri mereka daripada terjebak dengan kegiatan lumba haram ini. Dalam kalangan ibu bapa pula, melalui kempen ini ibu bapa akan lebih menyedari bahawa pentingnya peranan mereka sebagai ibu bapa untuk sentiasa memantau kegiatan anak-anak mereka. Dalam hal ini juga, kegiatan lumba haram juga akan berkurangan.
Seterusnya,
pihak kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang dengan lebih ketat lagi
mengenai perlumbaan haram ini kerana isu ini merupakan antara salah satu
penyebab kepada kemalangan jalan raya. Melalui pengutakuasaan undang-undang
ini, ramai yang akan lebih berhati-hati dalam menggunakan jalan raya yang
disediakan malah, perlumbaan haram juga akan berkurangan kerana takut akan dikenakan
hukuman yang lebih berat.
Selain itu, pemantauan dan juga rondaan oleh
pihak polis haruslah diperbanyakkan. Hal ini adalah untuk membolehkan pihak polis
membanteras gejala lumba haram dengan lebih berkesan, pihak polis perlu
disediakan kereta atau motosikal yang lebih laju dan lebih berkuasa kerana
selama ini pihak polis hanya dibekalkan dengan kereta dan motosikal talaan
kilang yang kurang berkuasa serta tidak cukup laju untuk mengejar para pelumba
haram. Pihak polis haruslah membuat rondaan di setiap kawasan yang berpotensi
untuk dijadikan sebagai tempat perlumbaan haram ini termasuklah dia kawasan
luar bandar.
Untuk
mencegah para pelumba haram ini terus melakukan kegiatan yang salah di sisi
undang-undang jalan raya, perlumbaan bermotor yang sah wajar dianjurkan oleh
pelbagai pihak dengan kos penyertaan yang rendah bagi membolehkan minat mereka
dalam perlumbaan bermotor diamalkan dengan cara yang baik iaitu dengan
menyertai perlumbaan yang sah dan dibenarkan tanpa memberi kesan yang negatif
kepada para penggiat perlumbaan ini. Di samping itu juga, anjuran seperti ini
juga dapat mengasah bakat para generasi muda dalam perlumbaan bermotor dan
seterusnya mewakili negara untuk menyertai perlumbaan bermotor di peringkat
antarabangsa.
STATISTIK LUMBA HARAM
Jadual 3.0 di bawah merupakan statistik bagi jumlah saman yang dikeluarkan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang juga disebabkan oleh lumba haram di beberapa kawasan di Negeri Pahang dalam tempoh lapan bulan pertama tahun 2015. Sumber dari Telus dan Tulus Sinar Online yang dinyatakan oleh Exco Belia dan Sukan Pahang, Datuk Mohd Johari Hussain.
Jadual 3.0 : Jumlah saman Lumba Haram yang dikeluarkan di Negeri Pahang pada tahun 2015
STATISTIK LUMBA HARAM
Jadual 3.0 di bawah merupakan statistik bagi jumlah saman yang dikeluarkan oleh Polis Di Raja Malaysia (PDRM) yang juga disebabkan oleh lumba haram di beberapa kawasan di Negeri Pahang dalam tempoh lapan bulan pertama tahun 2015. Sumber dari Telus dan Tulus Sinar Online yang dinyatakan oleh Exco Belia dan Sukan Pahang, Datuk Mohd Johari Hussain.
TEMPAT
|
JUMLAH SAMAN LUMBA HARAM
|
Kuantan
|
3454
|
Temerloh
|
2552
|
Bera
|
2111
|
Maran
|
1885
|
Bentong
|
1556
|
Raub
|
1301
|
Lipis
|
1211
|
Pekan
|
886
|
Jerantut
|
716
|
Cameron Highlands
|
536
|
Rompin
|
454
|
Jadual 3.0 : Jumlah saman Lumba Haram yang dikeluarkan di Negeri Pahang pada tahun 2015
PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan), pengotoran alam atau perbuatan mencemarkan kebersihan alam se Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pencemaran adalah suatu perbuatan yang mencemarkan (mengotorkan), pengotoran alam atau perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap.
Pencemaran alam sekitar merupakan salah satu isu global.
Pencemaran alam sekitar ini juga sering berlaku di mana-mana tempat atau
kawasan. Antara jenis pencemaran alam sekitar yang sering berlaku di kebanyakan
negara di seluruh dunia ialah pencemaran air, pencemaran udara dan pencemaran
tanah. Ketiga-tiga jenis pencemaran ini mampu memberi kesan buruk kepada
penghuni bumi termasuk bumi ini sendiri. Setiap pencemaran alam sekitar ini
mampu menyebabkan gempa bumi dan juga tsunami.keliling dengan sampah sarap.
PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Setiap pencemaran alam sekitar yang berlaku adalah berpunca daripada tabiat atau sikap manusia yang tidak bertanggungjawab. Pencemaran alam sekitar ini tidak akan datang dengan sendiri sekiranya manusia lebih bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar ini daripada musnah, akan tetapi masing-masing manusia pada masa kini sibuk mengejar cita-cita mereka sendiri sehingga sanggup memusnahkan alam sekitar untuk mendapatkan keuntungan.
Bagi pencemaran air, ia berpunca daripada pembuangan sisa-sisa toksik, air kumbahan dan sampah sarap yang dibuang oleh manusia sendiri. Kilang-kilang seperti kilang makanan, kilang plastik dan sebagainya biasanya dibina berhampiran dengan sungai untuk memudahkan sisa yang dihasilkan oleh kilang tersebut di buang terus ke dalam sungai. Hal ini mengakibatkan hidupan-hidupan di dalam sungai dan juga laut musnah. Contohnya, ikan di sungai dan laut mati dan juga mengalami krisis kepupusan. Selain itu, melalui pencemaran air juga, manusia sendiri menerima akibatnya dengan kebersihan air yang kurang memberangsangkan dan seterusnya membawa kepada penyakit taun, cirit-birit dan sebagainya.
Seterusnya, pencemaran udara adalah berpunca daripada asap-asap yang dikeluarkan oleh kenderaan-kenderaan seperti kereta, lori dan juga daripada asap kilang. Asap-asap ini akan menghakis lapisan ozon bumi dan seterusnya berlakunya kesan rumah hijau, dan juga hujan asid yang boleh menyebabkan kanser. Selain itu, asap hasil daripada pembakaran hutan dan sampah juga antara faktor utama berlakunya jerebu yang seterusnya mengundang kepada kesesakan nafas. Punca pencemaran udara ini bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan namun kesan kepada ekonomi negara iaitu penutupan sekolah-sekolah bagi kawasan yang mempunyai bacaan jerebu yang tinggi, para pelancong juga akan berkurangan.
Selain itu juga, bagi pencemaran tanah yang berpunca daripada pembalakan hutan. Pembalakan haram ini menyebabkan berlakunya tanah runtuh malah menyebabkan banjir kilat. Sering kali kita melihat dalam berita harian apabila hujan lebat turun pasti akan berlakunya banjir kilat atau tanah runtuh sesuatu kawasan. Banjir kilat atau tanah runtuh yang berlaku ini boleh membabitkan nyawa manusia selain daripada kerosakan harta benda. Sebagai contoh tanah runtuh yang menyebabkan 16 maut yang berlaku di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, Kajang pada Mei 2010.
LANGKAH MENCEGAH DAN MENANGANI PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Untuk mencegah dan menangani pencemaran alam sekitar ini daripada terus berlaku, setiap golongan masyarakat haruslah sentiasa bekerjasama untuk memelihara dan memulihara alam sekitar ini selain mengubah tabiat atau sikap mereka sendiri untuk lebih bertanggungjawab lagi dalam hal yang berkaitan dengan alam sekitar ini.
Dengan mengadakan kempen alam sekitar, masyarakat akan lebih peka terhadap isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar. Dengan cara ini juga, masyarakt tidak lagi membuang sampah sarap sesuka hati mereka kerana mereka sudah menyedari akan kesan yang bakal berlaku jika mereka membuang sampah di merata-rata tempat. Pada peringkat sekolah pula, para pelajar dididik untuk sentiasa menjaga kebersihan di dalam dan luar sekolah seterusnya di rumah mereka masing-masing.
Selain itu juga, dalam usaha mengurangkan pencemaran udara, masyarakat digalakan untuk menggunakan kenderaan awam seperti bas mini, LRT, atau berkongsi kereta dengan rakan sekerja lain untuk mengurangkan pelepasan asap kereta dan seterusnya mengelakkan berlakunya kesesakan jalan raya yang dasyat. Bagi kilang-kilang pula, pengusaha kilang tersebut hendaklah menggunakan penapis yang dikhaskan untuk memastikan bahan toksik ditapis sebelum dilepaskan ke udara atau ke dalam sungai.
Seterusnya, menguatkuasakan undang-undang. Kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang dengan lebih ketat lagi terutamanya dalam isu pencemaran alam sekitar ini. Contohnya, untuk para pembalak haram, pihak berkuasa boleh menangkap mereka dan seterusnya menarik lesen pembalakan mereka. Selain itu, pihak kilang yang masih berdegil melepaskan sisa-sisa toksik ke dalam sungai juga harus di beri tindakan dengan lebih berat lagi termasuk menarik balik lesen perkilangan.
STATISTIK PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Jadual 4.0 menunjukkan peratusan punca daripada salah satu pencemaran alam sekitar iaitu pencemaran air.
PUNCA
|
PERATUSAN
|
Aktiviti manusia
|
90%
|
Perkapalan
|
10%
|
Jadual 4.0: Peratusan
Punca Pencemaran Air
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, setiap isu moral tempatan dan global di atas merupakan masalah yang dihadapi oleh masyarakat pada masa kini tidak kira masyarakat tempatan mahupun global. Dalam setiap kenyataan yang diberikan di atas, isu-isu moral ini berlaku disebabkan perlakuan manusia yang tidak bermoral dan juga kelalaian manusia itu sendiri. Manusia berbuat sedemikian juga kerana tidak mengaplikasikan nilai moral di dalam kehidupan seharian. Semoga dengan sedikit sebanyak kenyataan yang diberikan iaitu isu moral tempatan dan global dapat membuka mata masyarakat di untuk lebih peka terhadap isu-isu moral yang berlaku pada masa kini dan betapa pentingnya nilai moral ini diaplikasikan di dalam kehidupan seharian.
RUJUKAN
Bernama. (2015, November
16). Lumba haram: 16,662 saman dikeluarkan di Pahang. Didapatkan Mac 18,
2017, daripada Telus dan Tulus Sinar Online:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/lumba-haram-16-662-saman-dikeluarkan-di-pahang-1.452333
Malaysia, P. N. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat.
Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shah, A. S. (2016, November 4). Kurang
kawalan punca anak terdedah bahaya alam siber. Diakses daripada Utusan
Online:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kurang-kawalan-punca-anak-terdedah-bahaya-alam-siber-1.403494
No comments:
Post a Comment